Get the experience of SCUBA by learning
this basic part of diving skill. Before plugging into the open water, you
will learn some basic skill and safety rules in shallow water first. You will
be able to experience using scuba equipment. breathing underwater and see
the beauty that surrounds you.
Lesson includes: * 30 minute / 1 hour
briefing: - Introduction to scuba diving - Briefing & demonstration of
equipment - Safety rules * 20-45 minute underwater tutorial and fun
experience -Full equipment provided.
Come join us at Perhentian Island, Terengganu. SMS your name & contact number for reservation...
Suatu ketika dulu, mengambil gambar adalah hobi mengisi masa lapang. Mengambil gambar keluarga, kawan-kawan dan kadang-kadang kita mengambil gambar perkahwinan kawan-kawan kita dan gambar landscape samada di pulau ataupun tanah tinggi. Setelah sekian lama mengambil gambar kita terfikir bahawa dengan hobi ini kita boleh menjana pendapatan yang tinggi. Di sini saya akan berkongsi dengan anda cara-cara mendapat duit dari gambar yang anda rakamkan melalui internet.
Dunia sekarang sedang maju dengan teknologi elektronik. Mengambil gambar menjadi mudah dengan kamera digital ataupun kamera pada telefon anda. Sekarang anda boleh membuat kehidupan yang baik dengan menjual gambar-gambar digital anda ke laman web foto. Dengan ramai orang mencari gambar di laman web untuk tujuan tertentu atau projek sekolah, anda mungkin dapat mencari seseorang yang akan membayar anda untuk menggunakan gambar-gambar anda. Anda hanya perlukan kamera yang mampu menghasilkan gambar berkualiti dan mengambil gambar dengan teknik yang betul. Seterusnya, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk berjaya buat duit online dengan gambar foto.
Anda boleh mula mengambil gambar sebanyak mana yang mungkin. Cuba teknik-teknik mengambil gambar yang baru untuk menghasilkan gambar foto yang menarik. Cari tema yang sesuai supaya mudah gambar-gambar tersebut diasingkan dengan kategori tertentu. Dengan teknik yang betul, aksi yang menarik atau watak utama dalam gambar tersebut dapat dipaparkan supaya memberi maksud yang mendalam kepada gambar tersebut.
Pilih gambar-gambar yang anda rasa cantik dan menarik sahaja untuk dijual setelah anda amati semuanya. Gambar yang berkualiti akan berjaya menarik perhatian pembeli dan mungkin akan memberi anda duit online untuk jangka masa panjang.
Sekarang, cari laman web untuk menjual gambar foto tersebut. Terdapat beberapa laman web yang boleh dijadikan tempat jualan gambar-gambar foto anda. Sebagai contoh iStockphoto, Fotolia, Shutterstock, Bigstock adalah lawan web yang menjadi portal penjualan gambar foto yang berkualiti. Designer atau artis pereka web banyak mendapatkan gambar foto berkualiti untuk kerja-kerja mereka dari sini. Terlebih dahulu anda perlu membaca term and regulation web tersebut, cara penghantaran gambar foto dan cara pengiraan keuntungan anda. Anda hanya perlu memilih laman web yang bersesuaian dengan anda. Lebih bayak portal laman web penjualan foto yang anda hantar, lebih tinggi kemungkinan jualan yang anda bakal perolehi.
Letakkan kata-kata kunci yang bersesuaian supaya mudah search engine mencari gambar foto anda. Kelaskan gambar anda kepada beberapa kategori yang berbeza. Tajuk yang menarik dan popular akan membantu menaikkan jualan gambar anda. Semua ini bertujuan memudahkan pembeli mencari dan membeli gambar menarik anda. Lebih baik lagi, anda masuk pertandingan gambar foto di internet. Sekiranya anda menang, mungkin lebih banyak gambar foto yang dapat dijual. Lebih-lebih lagi syarikat-syarikat majalah yang besar akan membayar anda dengan harga tinggi!
Sekarang anda perlu mempromosikan gambar anda. Cara yang mudah untuk mempromosikan gambar anda adalah melalui social network. Anda semua mesti memiliki Facebook, Twitter atau sebagainya yang anda sentiasa mengemaskini. Paparkan gambar-gambar anda di socialnetwork tersebut dan nyatakan maklumat yang ingin diketahui pembeli. Jangan lupa menyertakan link kepada website gambar atau art blog anda supaya rakan-rakan boleh melihat gambar-gambar anda yang lain.
Jadi apa tunggu lagi jadikan minat dan hobi anda menjana pendapatan yang lebih tinggi.
"Ketahui Cara Bagaimana Anda Boleh Menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 Strategi yang dijamin Paling Berkesan!!!” *** Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli perisian-perisian yang mahal-mahal! ***
Mungkin anda berada dalam situasi ini.
Anda sering dimarahi oleh guru dan ibubapa anda dan ditertawakan oleh rakan anda kerana setiap kali ujian Bahasa Inggeris, andalah orang yang mendapat markah paling rendah. Sebahagian rakan yang lain pula melihat anda dengan muka yang penuh kasihan.
Anak anda selalu mendapat markah corot dalam matapelajaran bahasa Inggeris.
Anda berasa tercabar dengan rakan anda yang suatu ketika dahulu tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih kurang anda sahaja tetapi kini sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan sering mendapat perhatian guru-guru, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan.
Anda berasa rendah diri kerana rakan-rakan anda, orang-orang di sekeliling anda hampir kesemuanya sudah mahir berbahasa Inggeris sedangkan anda masih berada ditakuk yang lama.
Anda berada di tahun akhir pengajian di universiti. Anda sering gelisah kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris anda masih rendah sedangkan hampir kesemua majikan-majikan inginkan pekerjanya mahir berbahasa Inggeris. Kalau boleh anda tidak mahu mendapat status penganggur.
Usaha-usaha anda untuk mendapat pekerjaan yang baik terbantut dek kerana pertuturan anda dalam bahasa Inggeris ketika ditemuduga amat mengecewakan.
Anda sudah belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun. Anda boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap anda jadi gemuruh, rasa macam orang bodoh, malu dan segan.
Anda ingin belajar dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan yang tepatdan bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris juga terlalu mahal.
Kini masalah yang anda hadapi ini bakal berakhir dengan hanya klik link di bawah :-
Memang sudah nasib aku ditakdirkan miskin, jadi apa pun usaha yang aku lakukan
ia tetap akan menjadikan aku miskin. tidak ada gunanya aku bersusah payah
bekerja, tapi hasilnya tetap juga begini (miskin)"
Mendengar ungkapan
seperti di atas sekilas pandang seperti ucapan seseorg yg benar-benar mengimani
takdir, pasrah dan begitu yakin bahawa apa yang dialaminya sekarang disebabkan
oleh takdir. Memang... seringkali takdir dijadikan "kambing hitam" bagi sebuah
kegagalan. ketika perniagaan bankrup, ketika dibuang kerja, ketika gagal dalam
peperiksaan, ketika dirinya jatuh miskin, semuanya itu disandarkan pada takdir.
Namun sebaliknya ketika usahanya berjaya, perniagaan maju, kariernya cemerlang
dan berbagai kejayaan diraih, takdir jarang sekali disinggung, bahkan tidak
pernah disebut, seakan-akan semuanya terjadi kerana kehebatan dirinya
sendiri.
Teringat satu kisah Khalifah Umar R.A dan pencuri. suatu ketika,
ada pencuri yg ditangkap ketika mencuri, dan akhirnya ia diadili dan dijatuhi
hukuman potong tangan. Ketika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan oleh
Khalifah Umar, pencuri itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku
mencuri hanya kerana takdir Allah." Lantas dengan cerdas Umar R.A pun menjawab,
" Dan kami pun memotong tanganmu dengan takdir Allah."
Itulah anehnya
manusia. saat ia gagal, takdirlah yang disalahkan, tapi giliran ia berjaya
kehebatan dirinya sendirilah yang dipuji-puji.
Jadi bagaimana
untuk kita menjadi kaya, berjaya dan mensyukuri Nikmat
Allah...???
Ada beberapa cara yg ingin saya kongsikan
antaranya ialah:
Berniaga..
Dan ketahuilah rezeki
perniagaan datang bila kita berpagi-pagi. Waktu pagi adalah waktu paling
efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang
berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Ramai dapati
sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal - walaupun 30
minit lebih awal akan membantu. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti
perniagaan anda awal pagi! dan sememangnya Islam sudah menggariskan kewajipan
seorang muslim dengan menunaikan Solat 5 waktu, salah satunya solat Subuh yg
ditunaikan di pagi hari. selepas menunaikan solat subuh, bertasbih, bertahmid
dan bertakbir mulalah melakukan aktiviti dengan merancang yang terbaik untuk
perniagaan kita kemudian bertebaranlah di muka bumi Allah menjalankan
perniagaan.
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa
kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan
produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas
minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap
hari.
Sekiranya kita melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald
Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi,
adakah mereka ini Muslim...? jika tidak muslim..kenapa mereka ini bangun di awal
pagi..?semuanya kerana mereka mengetahui rahsia kecerdasan minda dan fizikal
adalah bangun di awal pagi. Justeru sebagai Muslim kita sepatutnya lebih
meyakini situasi ini, tambahan lagi hadis Nabi telah sedia menyebut yang
bermaksud:
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki
Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya
Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari"
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
semoga artikel kali ini dapat
membantu kita semua membuka minda dan bertindak untuk mencapai kejayaan dunia
dan akhirat.
Adakah anda telah memuat turun 3 teknik khas
yang ditunjukkan diatas ? jika belum, muat turun segera dan lihat sendiri betapa
mudahnya penyelesaian operasi matematik dan anda pasti suka teknik yang
dugunakan.
Satu fakta yang amat
menarik mengenai minda anda.
Minda manusia dicipta untuk
berfungsi dengan malas tetapi, disebaliknya.. ia amat cekap !
Minda sentiasa berfungsi untuk kita mendapatkan
sesuatu hasil kerja yang banyak ( maksimum ) dengan
usaha yang sedikit ( minimum ). Ia menjadikannya amat
produktif. Kita selalu inginkan, dengan hanya klik satu butang semua kerja dapat
diselesaikan, pakaian dibasuh, pinggan dicuci, bilik
dibersihkan dan kerja matematik disiapkan.. :)
Saya pasti, anda boleh menyelesaikan pelbagai
masalah operasi matematik dengan teknik yang anda pelajari semasa disekolah,
dalam masa yang sama, selalunya minda anda secara automatik akan disetkan bahawa
ianya sukar. Seseorang yang bijak dalam matematik mengetahui bagaimana untuk
menggunakan kebolehan akal dan minda secara maksimum dan bukannya hanya
mengikut teknik-teknik yang dipelajari dan inilah yang akan didedahkan dalam
30 teknik rahsia
matematik.
Adakah dengan mempelajari 3 teknik yang
ditunjukkan tersebut anda dapat merasakan umpama genius dalam jangka waktu yang
singkat?
Apa yang menarik mengenai teknik rahsia ini
adalah bukan sahaja anda mampu menyelesaikan pengiraan
dengan pantas, malah lebih mudah dan tepat.
Anda pasti pernah menghadapi situasi dimana
anda melakukan pengiraan dengan kepantasan yang maksimum kerana ingin mengejar
masa. Anda perlu tahu, semakin pantas anda mengira semakin mudah anda melakukan
kesilapan. Untuk menjimatkan masa
anda tinggalkan ( skip ) langkah-langkah yang penting dalam pengiraan seterusnya
berakhir dengan jawapan yang salah. Dalam erti kata lain,
" Ada berlari begitu pantas tanpa menghiraukan keadaan jalan untuk
ke satu destinasi dan akhirnya tiba dengan luka-luka dianggota badan akibat
banyak kali terjatuh."
Dengan Teknik rahsia ini, hanya dengan
beberapa langkah mudah, anda boleh menyelesaikan pelbagai masalah operasi
matematik dari yang mudah hinggalah yang sukar. Oleh kerana langkah-langkah
dalam teknik ini amat ringkas, secara automatik anda boleh menjimatkan masa
dalam satu-satu soalan dan peluang untuk anda melakukan kesilapan adalah amat sedikit.
Ianya
sama sekali tidak diajar disekolah !
Anda akan menemui satu teknik atau cara menguasai matematik. Jangan jadikan kita ketinggalan dalam ilmu ini. Jadi apa tunggu lagi klik link di bawah:-
Anda mungkin mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Arab. Namun, niat anda mungkin terbantut disebabkan oleh masalah-masalah yang anda alami seperti:-
Tidak tahu dimana tempat yang mengadakan kelas belajar Bahasa Arab.
Jadual kelas pembelajaran yang mungkin tidak sesuai dengan masa anda serta selalu bertembung dengan aktiviti harian anda yang lain.
Yuran kelas yang agak mahal.
Suasana pembelajaran yang mungkin kurang selesa.
Tidak mempunyai buku rujukan yang tepat dan bersesuaian.
Sistem pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak bersistematik.
Tidak menjumpai tenaga pengajar yang sanggup membimbing anda hingga berjaya.
dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa melupakan sahaja niat anda untuk mempelajari Bahasa Arab.
Tahukah anda?
Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda .
Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri! Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.
Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab? Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.
Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam.
Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk!
Kini, ada cara mudah untuk mempelajari Bahasa Arab.
Bukan lagi satu penghalang bagi anda untuk mempelajari Bahasa Arab, tidak kira apa saja profesion anda. Ia boleh dipelajari di rumah, di pejabat, di sekolah, di serata tempat atau di mana-mana sahaja anda berada.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi jalanraya yang sesak untuk pergi ke kelas-kelas semata-mata untuk mendapatkan ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.
Mudah sahaja sekiranya anda mempelajarinya melalui Ebook “PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB”.
Jadi apa tunggu lagi, marilah kita belajar bahasa Arab iaitu Bahasa Al-Quran malah disebut juga sebagai bahasa syurga. Alangkah ruginya kita sebagai orang Islam tidak pandai atau tahu tentang Bahasa Arab. Jadi apa tunggu lagi marilah kita bersama-sama belajar bahasa Arab. Nak tahu lebih lanjut klik link di bawah :-
Mungkin anda tersenyum dengan apa yang saya katakan.
Hakikatnya ia benar-benar mampu menghasilkan lebih wang.
Tanyalah kepada mereka-mereka yang berjaya dalam perniagaan mereka, adakah tanpa minat mereka mampu meraih kejayaan? Minat dan hobi bolehlah disama ertikan. Anda tidak perlu menyewa kedai yang mahal hanya untuk menghasilkan wang dari hobi dan minat anda.
Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya.Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai.Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.
Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan.
Jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya. Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.
Contohnya:
Jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.
Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.
Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.
Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.
Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus.
Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh menawarkan khidmat fotografi seperti merakam gambar perkahwinan dan lain-lain, juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.
Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancongan.
Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.
Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain.
Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil.
Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dibidang guaman.
Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya.
Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud didalam diri sendiri. Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja hobi dan kemahiran anda boleh temui jika anda menjadikannya sebagai satu peluang perniagaan.
Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba.
Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.
Suka saya kongsikan dengan anda artikel yg di pos oleh Dr. Irfan Khairi di blognya (www.irfankhairi.com) berkenaan Tip berniaga dari rumah, bagaimana mindset yg diperlukan bagi usahawan SOHO (Small Office Home Office).selamat membaca...
Memulakan perniagaan dan kerja dari rumah bagi mereka yang belum berpengalaman berniaga merupakan satu langkah yang besar. Walaupun perniagaan bermula dari rumah, untuk berjaya, seseorang itu perlu benar-benar serius dan memberi dedikasi sepenuhnya kepada perniagaan yang dijalankan.
Sebelum memulakan perniagaan, bukan sekadar kita perlu melengkapkan peralatan dan strategi untuk berniaga, kita juga turut perlu melengkapkan mindset kita untuk berjaya. Berikut adalah antara Mindset yang perlu ada untuk berniaga dari rumah.
Ketahui dan fahami sebab musabab anda ingin memulakan perniagaan. Pastinya menjalankan perniagaan, tujuannya adalah untuk mendapatkan keuntungan membantu diri, keluarga dan juga agama. Mungkin bunyinya agak mementingkan diri, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa, memulakan perniagaan perlu bermatlamatkan keuntungan!Untuk mendapatkan untung dalam perniagaan, bukanlah perkara yang mudah. Untuk berjaya, memerlukan strategi yang terbaik. 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama sahaja beroperasi. Selebihnya, akan memasuki tahun kedua. Dalam jumlah itu pula, separuh akan bungkus dan gulung tikar.
Sebabnya? Tidak mendapat keuntungan! Fahami bahawa, tujuan anda berniaga adalah untuk menapat keuntungan, dan keuntungan hanya akan datang apabila anda mengaplikasikan ilmu dan strategi perniagaan dengan betul. Lengkapkan minda anda dengan ilmu perniagaan ini.
Kerja dari rumah, ada juga dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik!Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.
Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan aktiviti perniagaan tertentu.
Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil!
Ketahui kekuatan dan KELEMAHAN anda! Memang sering saya menyebut, memulakan perniagaan, perlu mengikut minat, kebolehan dan kekuatan kita. Namun, jangan lupa pula dengan KELEMAHAN kita. Pandai bermain gitar, tidak bermakna pandai berniaga gitar. Pandai memasak, tidak bermakna pandai berniaga masakan. Pandai berfesyen, tidak bermakna pandai menjual pakaian.Dalam apa yang kita lakukan, fikirkan juga kelemahan yang ada pada kita. Berniaga dari rumah, sering kali dilakukan seorang diri. Tiada orang akan menganggu kita. Dalam waktu yang sama juga, tiada siapa yang akan menegur kita tentang kelemahan yang ada.
Oleh itu, mindset yang kita perlu adalah lebih kritikal untuk melihat kelemahan diri sendiri. Dalam mencapai apa sahaja matlamat, kelemahan kita akan melambatkan kita mencapainya. Jangan sahaja melihat kekuatan, tetapi, lihat juga kelemahan.
Memulakan perniagaan dari rumah, adalah perkara yang amat saya syorkan kepada anda. Bukan sahaja peluang pulanganya kalau betul caranya, adalah lumayan. Tetapi, berniaga dari rumah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan oleh kerana masa kita lebih banyak kerja di rumah bersama keluarga tercinta!
Saya ada satu berita baik bagi mereka yang belum dikurniakan cahayamata.
Sempena dengan Bulan Jun sebagai Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa (World Fertility Awareness Month) satu panduan lengkap ilmu-ilmu tentang kesuburan telah dilancarkan dalam bentuk ebook. Ebooknya bertajuk ‘Rahsia Mudah Hamil’. Ia ditulis oleh sepasang suami isteri yang pernah mengalami masalah yang sama sebelum dikurniakan zuriat. Ini telah menggerakkan mereka untuk membuat satu kajian yang mendalam terhadap ilmu-ilmu tentang kesuburan. Oleh kerana kedua-dua mereka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Genetik dan Sains Pemakanan, bukan menjadi suatu masalah bagi mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari sumber-sumber yang jarang dicapai oleh kebanyakan orang.
Apa yang menariknya, mereka telah membuat kajian selama 3 tahun sehingga terhasillah suatu bentuk penulisan yang saya rasa merupakan satu sejarah di Malaysia kerana menurut penulis, setakat ini tidak pernah ada satu pun buku lebih-lebih lagi ebook yang ditulis khusus untuk golongan yang sukar dapat zuriat.
Hasil kajian mereka selama 3 tahun itu, mereka telah berjaya menghasilkan satu ebook setebal kira-kira 300 m/s yang penuh dengan informasi dan panduan yang praktikal. Tetapi oleh kerana terlalu tebal, mereka telah mengeluarkan 1 bab dari ebook tersebut untuk diterbitkan sebagai ebook yang kedua nanti. Walaupun begitu, ebook Rahsia Mudah Hamil masih cukup tebal bagi kategori ebook sebab ia berjumlah 212 m/s.
Daripada 212 m/s ebook Rahsia Mudah Hamil itu, penulis telah memetik satu bahagian dari ebok tersebut sebanyak 23 m/s dan diberikan secara percuma dalam bentuk report yang sangat praktikal bertajuk ‘Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’. Ia mula diedar sejak Oktober 2008 dan sehinga Mei 2009 dan telah dimuatturun dan dibaca oleh 1426 orang. Dalam tempoh tersebut, beliau menerima beberapa email daripada pembaca yang memberikan pengakuan ikhlas mereka bagaimana dengan report percuma 23 m/s tersebut, dengan izin Allah swt mereka telah berjaya hamil anak pertama.
Ya..itu hanya 23 m/s. Bagaimana pula dengan 212 m/s. Kata penulis, beliau yakin setiap orang yang membeli Ebook Rahsia Mudah Hamil, sudah pasti mereka akan membeli ebook susulan kedua mereka nanti.
Yang paling menakjubkan, penulis telah membongkarkan sebanyak 15 kaedah untuk mengesan hari-hari subur bagi meningkatkan peluang kehamilan. Sesuatu yang sangat-sangat jarang diketahui oleh semua orang. Semuanya didapati dari sumber-sumber kajian saintifik seperti buku rujukan luar negara dan jurnal-jurnal perubatan.
Sebenarnya banyak lagi intro tentang isi kandungannya, kalau anda mahu tahu lebih lanjut, apa kata anda singgah sebentar ke Laman Jualan ebook Rahsia Mudah Hamil di
Rahsia Mudah
Hamil adalah dalam bentuk ebook, bukannya buku fizikal. Ia hanya boleh
didownload melalui satu download page yang akan diberikan melalui email selepas
pembayaran dibuat. Bonus-bonus yang ditawarkan juga dalam bentuk elektronik
download. Tidak ada sebarang penghantaran yang akan dilakukan. Ebook ini adalah
dalam format PDF. Ia boleh dibaca melalui komputer. Jika anda ingin membacanya
dengan cara biasa, anda perlu print terlebih
dahulu.
Di laman jualan tersebut terdapat ulasan mereka yang diberi peluang untuk membacanya lebih awal.