Memang sudah nasib aku ditakdirkan miskin, jadi apa pun usaha yang aku lakukan
ia tetap akan menjadikan aku miskin. tidak ada gunanya aku bersusah payah
bekerja, tapi hasilnya tetap juga begini (miskin)"
Mendengar ungkapan
seperti di atas sekilas pandang seperti ucapan seseorg yg benar-benar mengimani
takdir, pasrah dan begitu yakin bahawa apa yang dialaminya sekarang disebabkan
oleh takdir. Memang... seringkali takdir dijadikan "kambing hitam" bagi sebuah
kegagalan. ketika perniagaan bankrup, ketika dibuang kerja, ketika gagal dalam
peperiksaan, ketika dirinya jatuh miskin, semuanya itu disandarkan pada takdir.
Namun sebaliknya ketika usahanya berjaya, perniagaan maju, kariernya cemerlang
dan berbagai kejayaan diraih, takdir jarang sekali disinggung, bahkan tidak
pernah disebut, seakan-akan semuanya terjadi kerana kehebatan dirinya
sendiri.
Teringat satu kisah Khalifah Umar R.A dan pencuri. suatu ketika,
ada pencuri yg ditangkap ketika mencuri, dan akhirnya ia diadili dan dijatuhi
hukuman potong tangan. Ketika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan oleh
Khalifah Umar, pencuri itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku
mencuri hanya kerana takdir Allah." Lantas dengan cerdas Umar R.A pun menjawab,
" Dan kami pun memotong tanganmu dengan takdir Allah."
Itulah anehnya
manusia. saat ia gagal, takdirlah yang disalahkan, tapi giliran ia berjaya
kehebatan dirinya sendirilah yang dipuji-puji.
Jadi bagaimana
untuk kita menjadi kaya, berjaya dan mensyukuri Nikmat
Allah...???
Ada beberapa cara yg ingin saya kongsikan
antaranya ialah:
Berniaga..
Dan ketahuilah rezeki
perniagaan datang bila kita berpagi-pagi.
Waktu pagi adalah waktu paling
efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang
berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Ramai dapati
sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal - walaupun 30
minit lebih awal akan membantu. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti
perniagaan anda awal pagi! dan sememangnya Islam sudah menggariskan kewajipan
seorang muslim dengan menunaikan Solat 5 waktu, salah satunya solat Subuh yg
ditunaikan di pagi hari. selepas menunaikan solat subuh, bertasbih, bertahmid
dan bertakbir mulalah melakukan aktiviti dengan merancang yang terbaik untuk
perniagaan kita kemudian bertebaranlah di muka bumi Allah menjalankan
perniagaan.
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa
kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan
produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas
minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap
hari.
Sekiranya kita melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald
Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi,
adakah mereka ini Muslim...? jika tidak muslim..kenapa mereka ini bangun di awal
pagi..?semuanya kerana mereka mengetahui rahsia kecerdasan minda dan fizikal
adalah bangun di awal pagi.
Justeru sebagai Muslim kita sepatutnya lebih
meyakini situasi ini, tambahan lagi hadis Nabi telah sedia menyebut yang
bermaksud:
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki
Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya
Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari"
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
semoga artikel kali ini dapat
membantu kita semua membuka minda dan bertindak untuk mencapai kejayaan dunia
dan akhirat.
No comments:
Post a Comment