Suatu ketika dulu, mengambil gambar adalah hobi mengisi masa lapang. Mengambil gambar keluarga, kawan-kawan dan kadang-kadang kita mengambil gambar perkahwinan kawan-kawan kita dan gambar landscape samada di pulau ataupun tanah tinggi. Setelah sekian lama mengambil gambar kita terfikir bahawa dengan hobi ini kita boleh menjana pendapatan yang tinggi. Di sini saya akan berkongsi dengan anda cara-cara mendapat duit dari gambar yang anda rakamkan melalui internet.
Dunia sekarang sedang maju dengan teknologi elektronik. Mengambil gambar menjadi mudah dengan kamera digital ataupun kamera pada telefon anda. Sekarang anda boleh membuat kehidupan yang baik dengan menjual gambar-gambar digital anda ke laman web foto. Dengan ramai orang mencari gambar di laman web untuk tujuan tertentu atau projek sekolah, anda mungkin dapat mencari seseorang yang akan membayar anda untuk menggunakan gambar-gambar anda. Anda hanya perlukan kamera yang mampu menghasilkan gambar berkualiti dan mengambil gambar dengan teknik yang betul. Seterusnya, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk berjaya buat duit online dengan gambar foto.
Anda boleh mula mengambil gambar sebanyak mana yang mungkin. Cuba teknik-teknik mengambil gambar yang baru untuk menghasilkan gambar foto yang menarik. Cari tema yang sesuai supaya mudah gambar-gambar tersebut diasingkan dengan kategori tertentu. Dengan teknik yang betul, aksi yang menarik atau watak utama dalam gambar tersebut dapat dipaparkan supaya memberi maksud yang mendalam kepada gambar tersebut.
Pilih gambar-gambar yang anda rasa cantik dan menarik sahaja untuk dijual setelah anda amati semuanya. Gambar yang berkualiti akan berjaya menarik perhatian pembeli dan mungkin akan memberi anda duit online untuk jangka masa panjang.
Sekarang, cari laman web untuk menjual gambar foto tersebut. Terdapat beberapa laman web yang boleh dijadikan tempat jualan gambar-gambar foto anda. Sebagai contoh iStockphoto, Fotolia, Shutterstock, Bigstock adalah lawan web yang menjadi portal penjualan gambar foto yang berkualiti. Designer atau artis pereka web banyak mendapatkan gambar foto berkualiti untuk kerja-kerja mereka dari sini. Terlebih dahulu anda perlu membaca term and regulation web tersebut, cara penghantaran gambar foto dan cara pengiraan keuntungan anda. Anda hanya perlu memilih laman web yang bersesuaian dengan anda. Lebih bayak portal laman web penjualan foto yang anda hantar, lebih tinggi kemungkinan jualan yang anda bakal perolehi.
Letakkan kata-kata kunci yang bersesuaian supaya mudah search engine mencari gambar foto anda. Kelaskan gambar anda kepada beberapa kategori yang berbeza. Tajuk yang menarik dan popular akan membantu menaikkan jualan gambar anda. Semua ini bertujuan memudahkan pembeli mencari dan membeli gambar menarik anda. Lebih baik lagi, anda masuk pertandingan gambar foto di internet. Sekiranya anda menang, mungkin lebih banyak gambar foto yang dapat dijual. Lebih-lebih lagi syarikat-syarikat majalah yang besar akan membayar anda dengan harga tinggi!
Sekarang anda perlu mempromosikan gambar anda. Cara yang mudah untuk mempromosikan gambar anda adalah melalui social network. Anda semua mesti memiliki Facebook, Twitter atau sebagainya yang anda sentiasa mengemaskini. Paparkan gambar-gambar anda di socialnetwork tersebut dan nyatakan maklumat yang ingin diketahui pembeli. Jangan lupa menyertakan link kepada website gambar atau art blog anda supaya rakan-rakan boleh melihat gambar-gambar anda yang lain.
Jadi apa tunggu lagi jadikan minat dan hobi anda menjana pendapatan yang lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment