Hakikatnya ia benar-benar mampu menghasilkan lebih wang.
Tanyalah kepada mereka-mereka yang berjaya dalam perniagaan mereka, adakah tanpa minat mereka mampu meraih kejayaan? Minat dan hobi bolehlah disama ertikan. Anda tidak perlu menyewa kedai yang mahal hanya untuk menghasilkan wang dari hobi dan minat anda.
Bayangkan bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya.Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan kerja tersebut tidak sempurna dan selesai.Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut.Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.
Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku perubahan.
Jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga, anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman sebelumnya. Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan secara langsung.
Contohnya:
- Jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal dan menyediakan makanan.
- Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit, mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.
- Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.
- Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.
- Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen, menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus.
- Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh menawarkan khidmat fotografi seperti merakam gambar perkahwinan dan lain-lain, juga boleh mengadakan kelas dan kursus fotografi.
- Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancongan.
- Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan, mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.
- Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain.
- Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan daripada syarikat-syarikat kecil.
- Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat berbagai perkara dibidang guaman.
- Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya.
Peluang sentiasa ada bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang penakut dan tidak mahu mencuba.
Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.
selamat berniaga...
No comments:
Post a Comment